PALLIKUUDAM
TINJAUAN LITERATUR
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat. Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlumelengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini.
Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu
mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990). Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam asas pendidikan seumur hidup serta memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam P & P. Menurut Rhodes dan Cox (1990), peningkatan beban kerja di sekolah telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan asas prasarana telekomunikasi menjelang 2005 bagi membolehkan pelajar dan penduduk pedalaman turut mendapat kemudahan akses maklumat.
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata, pembangunan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pedalaman agak ketinggalan masa kini berbanding di bandar.Penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini untuk menjayakan lagi prasrana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P & P yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991).Banyak persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis di 89 buah sekolah.Antaranya ialah adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) manual lebih pantas berbanding menggunakan komputer yang lengkap dengan modul-modulnya? Bagi menjawab soalan itu, Utusan Malaysia menemui Penyelaras Sudut Akses, Sekolah Seri Bintang, Noraini Abd. Bari di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau yang juga guru Matematik menolak tanggapan bahawa kaedah P&P manual lebih pantas berbanding bestari. Menurutnya, Projek Perintis Sekolah Bestari adalah lebih pantas berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) manual kerana melalui projek ini, pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan maklumat mengenai mata pelajaran tanpa hanya merujuk kepada buku-buku teks. Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri di kalangan guru adalah salah satu faktor penyebab kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer) (Bliss, 1986). Keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang bersikap negatif atau tidak berkesan dalam penggunaan komputer akan mendorong kepada penolakan inovasi komputer(Somekh, 1989). Menurut Gan (1991), penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu di kalangan guru amat Penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan (Woodrow, 1992).Adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari hanya mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang nilai, kesesuaian serta impak darimaklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu kepastian ( Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian iniditumpukan kepada keperluan guru-guru terhadap ICT dalam konteks yang lebih luas tentang literasimaklumat(iaitu kebolehan untuk mencari, mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualitimaklumat;memilih, suaikan, gunakan maklumat bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta mengadakanrefleksi terhadap proses ini.