ABOUT ME

My photo
KUALA KANGSAR, PERAK, Malaysia
Ponni Ponniah. Head teacher of SJKT Ldg.Gapis. As a teacher 18 years and as a head teacher 13 years. loves teaching, nature and travelling.

Wednesday, April 14, 2010


PENGENALAN

Keupayaan menggunakan ICT secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda penting sebagai prasyarat kepada pengguna untuk memperolehi dan mengeksploitasikan maklumat setiap aktiviti manusia di mana sahaja.Bentuk ICT akan berubah mengikut peredaran masa. Keperluan akan kebolehan menggunakan ICT tetap kekal sebagai kunci untuk ikut serta secara mutlak dalam masyarakat bermaklumat.Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan pengetahuan dan kemahiran literasi ICT,terutama kepada semua pelajar sekolah . Kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah , apalagi di maktab perguruan yang menjadi tempat latihan bakal guru. Guru pelatih mesti belajar ICT dalam jumlah kredit tertentu dan diambil kira sebagai penyumbang mata gred pada akhir penilaian kursus mereka. Begitu juga dengan guru-guru sekolah tidak ketinggalan dalam arus perdana ini.Kursus-kursus ICT sudah banyak diadakan di Maktab Perguruan sehinggakan semua guru terpaksa belajar ICT.Para guru kini lebih tercabar lagi dengan dasar baru kementerian pendidikan yang menghendaki guru di Tahun satu sekolah rendah, tingkatan satu, dan tingkatan enam mulai awal tahun 2003 mesti mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Mereka dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya. Bayangkan bagaimana kalau guru tidak menguasai kemahiran ICT dan pengetahuan berkaitan . Akan sesialah kerajaan mengeluarkan belanja yang tidak terhad untuk kemudahan itu jika guru langsung masih segan dengan komputer. Bagaimana pula dengan makmal komputer yang disediakan di kebanyakan sekolah sekarang?

PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia konsep universiti maya telah lama dibahaskan.Malah kini sudah lahir universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui kemudahan Internet. Program ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT . Sekolah bestari dengan segala kemudahan ICT sebagai titik permulaan ke arah itu.Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sudahkah guru bersedia dengan cabaran ini?

SPORT DAY








No comments:

PONNUM-POOVUM

PONNUM-POOVUM
STORY OF LIFE