ABOUT ME

My photo
KUALA KANGSAR, PERAK, Malaysia
Ponni Ponniah. Head teacher of SJKT Ldg.Gapis. As a teacher 18 years and as a head teacher 13 years. loves teaching, nature and travelling.

Wednesday, April 14, 2010

BERSAMA DENGAN RAKAN UPSI














TAJUK
TAHAP KEPERLUAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
DI KALANGAN GURU-GURU DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH
DI JAJAHAN KOTA BHARU KELANTAN
PENYELIDIK

Wan Mohamad Wan Ibrahim
Hazlina Awang Lah
Zakarna Jusoh
Zari Ibrahim
Hj Ismail bin Deris
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT, sumber-sumber ICT yang sering digunakan dan halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam P & P. Kajian ini dilakukan terhadap guruguru sekolah rendah dan sekolah menengah di beberapa buah sekolah di jajahan Kota Bharu, Kelantan.Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kepada 142 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri daripada guru siswazah dan guru bukan siswazah di jajahan Kota Bharu yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Sosial Sciences) bagi mencari kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat sebilangan guru-guru memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT tetapi tidak berpeluang melaksanakan dalam P & P di bilik darjah. Halangan utama dalam penggunaan ICT dalam P& P ialah ramai di kalangan guru-guru yang masih ‘tidak celik ICT’. Untuk mencapai hasrat guru bestari, pihak pengurusan pendidikan haruslah memberi perhatian dengan mengadakan kursus-kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru sekolah. Kelengkapan ICT sekolah perlu dipertingkatkan bagi memberi peluang kepada guru yang mempunyai kecekapan melaksanakan P & P dengan menggunakan ICT.

1 comment:

jenal said...

hye...
seseorang guru disamping memiliki pelbagai kemahiran, perlu melengkapkan diri dengan perkembangan terkini ICT. Dunia pendidikan pada hari ini tidak dapat membebaskan diri daripada penguasaan dalam bidang ICT dan tiada siapa dapat menafikan kepentingan kemahiran ICT dalam melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif.

tahniah atas artikel yang diberi.
komen2 la blog sye pla ye..

PONNUM-POOVUM

PONNUM-POOVUM
STORY OF LIFE